Resepi

Friday 4 January 2013

Masakan Melayu : Ayam Masak Merah

Assalamualaikum pembuka bicara buat semua pembaca. Hari ini saya nak berkongsi sedikit resepi masakan melayu iaitu Ayam Masak Merah yang ringkas dan senang dimasak terutamanya orang bujang macam saya ini la. hehe. Kepada yang bukan bujang pun tiada masalah untuk menggunakan resepi ini. Jom kita tengok apa yang perlu ada untuk masak ayam masak merah.

Bahan-bahan :

1. Separuh ekor ayam ( potong sedang )
2. 1 sudu besar (gulai) bawang merah ( dikisar )
3. 1 sudu besar (gulai) bawang putih ( dikisar )
4. 1 sudu besar (gulai) halia ( dikisar )
5. Sebiji bawang besar yang dipotong bulat
6. Sebiji tomato yang dipotong dadu
7. Sebiji cili besar yang dipotong memanjang
8. 2 sudu besar (gulai) cili kisar (cili boh)
9. 2 sudu besar (gulai) sos cili
10. 2 sudu besar (gulai) sos tomato
11. Garam secukup rasa
12. Serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara :

  1. Mula-mula basuh ayam sehingga bersih supaya masakan kita menjadi makanan yang sihat untuk dimakan. Kalu tak bersih nanti keracunan makanan pula. hehehe...
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam separuh masak. Jangan sampai ayam menjadi garing. Kira-kira dalam lebih kurang 10 minit sahaja. =)
  3. Kemudian, kita tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar ( bawang merah, bawang putih dan halia ). Tumiskan sehingga naik bau yang harum..hehehe
  4. Selepas itu, kita masukkan cili kisar atau orang kita biasa panggil cili boh. Kacau sehingga rata dan biarkan cili kisar tersebut naik minyak dan masak.
  5. Masukkan ayam goreng tadi dan kacau sehingga rata.
  6. Untuk pastikan tidak melekit tambahkan sedikit air ke dalam masakan kita dan jangan lupa masukkan juga sos cili dan sos tomato. Kacau sehingga rata.
  7. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan tomato yang dipotong dadu. Cili besar pun boleh masukkan bersama dan kacau sehingga rata.
  8. Tambahkan garam dan serbuk secukup rasa. Tunggu sehingga menjadi pekat.
  9. Dah siap!! boleh la hidangkan di dalam pinggan atau mangkuk. =) Untuk nampak lebih menarik boleh taburkan daun diatas ayam masak merah tersebut.


p/s: Nak makan jangan lupa baca doa tau! hehe.. Perut kenyang..keberkatan pon dapat. Selamat mencuba semua!!

Gambar hiasan

No comments:

Post a Comment