Resepi

Monday 28 October 2013

Santai Petang bersama Chef Blogger Selebriti

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera


ok.. yg nie belum jadi chef selebriti lagi..haha.. gambar yg ini zek ambil dekat depan David's Brown Restaurant Penang Hill.


Nampak tak signboard kat belakag? Haaaaaaaaa...dah macam kat luar negara jer.. 


Agak2 la kenal tak siapa yg di tengah2?? Cuba teka??


Inilah orang yang zek maksudkan. Chef Azli merupakan seorang Chef Selebriti yang juga berbakat besar dalam bidang penulisan blog dan penulisan dalam majalah Saji & surat khabar Utusan. Seorang yang mudah mesra dan berperwatakan menarik. Macam mana nak kenal Chef Azli? OK... senang jer. Boleh follow blog beliau di http://www.azlirazali.blogspot.com ataupon Instagram azlirazali ataupun Facebook https://www.facebook.com/Azlirazali.


ok. semoga bertemu lagi di lain entri. Selamat Maju Jaya buat semua. =)

Sunday 13 October 2013

Dunia : 5 Restoran Pelik di Dunia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Restoran pelik?? Apa yang pelik? Ok. Zek nak kongsikan 5 pilihan restoran yang mengetengahkan konsep restoran yang agak luar biasa dan tidak semua orang boleh menerima konsep restoran tersebut. 

1. Toilet Restaurant di Taiwan


Sebuah restoran yang bernama Marton Theme Restaurant, di Kaohsiung, Taiwan menyediakan konsep suasana di dalam tandas untuk pelanggannya. Ubahsuai dalaman, kerusi dan tempat makan yang digunakan adalah seperti di tandas. Meja dibuat seperti bathtub, dan makanan yang disediakan diletakkan di piring dan mangkuk yang direka seperti tandas duduk. 

2. Dark Restaurant di China


Dark Restaurant terletak di Beijing China. Rekaan restoran yang berwarna hitam dan pelayan yang sudah dilengkapi dengan teropong malam akan melayan pengunjung yang datang. Pengunjung tidak dapat melihat makanan dan hanyalah dapat merasai makanan yang dihidangkan.

3. Nyotaimori Restaurant di Jepun


“Nyotaimori” yang bermaksud 'female body plate' adalah salah satu nama restoran di Jepun yang menyajikan sushi dan sashimi di tubuh mayat wanita. Tubuh mayat ini dibuat dari makanan dan diletakkan di meja operasi seperti di bilik bedah. Pengunjung boleh memakan mana mana bahagian tubuh yang mereka mahu. Tubuh yang dipotong akan mengeluarkan darah, sama seperti potongan tubuh manusia yang sebenar. 

4. Restoran Kubur di India


Restoran yang terletak di Ahmadabad India ini terkenal dengan menu teh susu, roti gulung dan kubur di antara meja. Pemilik restoran mengaku telah membuka restoran ini turun temurun selama 4 dekad, tapi tidak tahu siapa jenazah yang terkubur di bawah kubur tersebut.

5. Cabbages dan Condoms Restaurant di Thailand


Cabbages dan Condoms adalah nama restoran di Thailand. Ada banyak kondom di dinding2 dan lukisan kondom di karpet. Setelah makan, pengunjung akan diberi kondom di meja cashier . Keuntungan dari restoran ini digunakan untuk membantu yayasan Population and Community Development Association ( PDA )







Wednesday 9 October 2013

Destinasi : Mee Sotong Kepala Batas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bercakap tentang tempat makan yang menarik, Zek ada la nak 'share' sikit tentang 1 restoran nie. Nama restoran Mee Sotong Kepala Batas yang terletak betul-betul di hadapan pintu pagar utama UiTM Pulau Pinang cawangan Permatang Pauh. Lokasi restoran yang mudah dilihat dan berdekatan dengan kampus pelajar memberikan kelebihan kepada restoran ini untuk menarik lebih ramai pengunjung.



Cakap saja mee sotong pasti ada yang terliur kan. Mana tidaknya, mee sotong antara menu pilihan yang patut dirasa oleh siapa juga yang datang ke kawasan sekitar permatang pauh. Harganya pula sangat berpatutan dengan taraf ekonomi rakyat Malaysia amnya. Harga untuk sepinggan mee sotong hanya RM4.50 sahaja. Selain mee sotong yang digoreng, juga terdapat menu-menu lain seperti mee kuah, kuey toew sotong, dan macam-macam lagi. 


Apa yang menarik? Bagi Zek sambal sotong dia yang menarik. Rasa yang tidak terlalu pedas dan tidak terlalu manis memberikan keenakan kepada kita untuk menikmatinya. 


Jadi, Zek syorkan kepada penggemar sotong khasnya untuk mencubanya. Pasti takkan rugi dengan harga yang berpatutan. Selamat mencuba. =)