Resepi

Saturday 9 February 2013

Kacang Panjang Goreng Mamak

Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru Cina kpd yg menyambutnya. Kepada yg tgh cuti selamat bercuti bersama keluarga, sahabat atau pun yg tersayang. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kpd yg baru mendirikan masjid, semoga kekal bahagia ke akhir hayat hendaknya. Hari ini Zek nak menulis resepi sayur. Sayur Kacang Panjang Goreng Mamak. 

Bahan-bahan:
  1. 10 biji bawang merah
  2. 1/2 labu bawang putih
  3. 1 ikat Kacang panjang
  4. 2 paket kecil serbuk kari
  5. Garam
  6. Stok ayam
  7. Gula
  8. 3 biji cili merah
  9. 1 batang lobak merah
Cara-cara penyediaan bahan:
  1. Slice bawang merah dan bawang putih.
  2. Potong kacang panjang kepada 4cm.
  3. Bancuhkan serbuk kari dengan air.
  4. Slice nipis cili merah .
  5. Potong lobak kpd julienne.
Cara-cara memasak:
  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih dengan minyak masak sehingga keperengan.
  2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air dan kacau sehingga sebati. Tunggu sehingga rempah serbuk kari masak.
  3. Tambahkan sedikit air dan masukkan kacang hijau bersama cili merah dan lobak merah. Gaulkan sehingga rata.
  4. Kemudian masukkan stok ayam, garam dan gula secukup rasa.
  5. Goreng sehingga kacang panjang bertukar menjadi hijau terang.

p/s: Kacang Panjang Goreng Mamak ini sesuai untuk menu makan tengahari bersama lauk pauk. Boleh dimakan bersama nasi putih atau pun nasi minyak dan sebagainya. 

Thursday 7 February 2013

Ayam Goreng Berempah Zek

Assalamualaikum wbt...

Hari nie Zek nak kongsikan resepi Ayam Goreng Berempah yg simple dan mudah untuk semua orang buat. Bila saudara-mara datang rumah berkumpul ramai2 boleh la buat ayam goreng berempah nie. hehe. Yang mana teringin nak makan ayam goreng tue boleh la ikut step nie. Jom kita tengok sama2. =)

Bahan-bahan:
  1. 1/2 ayam segar
  2. 10 biji bawang merah (kisar)
  3. 1/2 labu bawang putih (kisar)
  4. 3 batang serai (kisar)
  5. Seketul kecil halia (kisar)
  6. 1 ketul kecil lengkuas (kisar)
  7. Tepung gandum
  8. 1 biji telur
Cara-cara:
  1. Kisarkan bawang merah, bawang putih, halia, serai dan lengkuas sekaligus dengan menggunakan mesin pengisar.
  2. Gaulkan bahan2 yg telah dikisar dengan ayam.
  3. Perapkan ayam tersebut. Paling kurang 1 jam. Untuk rasa lebih sedap perapkan 1 hari 1 malam dalam peti ais.
  4. Setelah diperap, pecahkan 1 biji telur bersama ayam tersebut.
  5. Kemudian, masukkan tepung gandum dan gaulkan bersama ayam tersebut sehingga tepung membaluti ayam.
  6. Panaskan minyak masak dalam kuali @ periuk.
  7. Tunggu sehingga minyak betul2 panas baru masukkan ayam. Masukkan bersama sedikit daun kari.
  8. Goreng ayam sehingga bertukar menjadi warna perang keemasan.
gambar hiasan

gambar hiasan

p/s: untuk lebih pedas boleh masukkan serbuk kari masa perap. akan rasa pedas dan ala indian style sikit la. =)

Monday 4 February 2013

Perencah Goreng Zek


Assalamualaikum...

Ehem3.. hehe.. Minat memasak? menggoreng? OK, hari nie Zek nak bagi 1 resepi Perencah Goreng Zek Zairi. Perencah goreng ini merupakan bahan memasak yang sesuai untuk digunakan bagi masakan goreng yang ringkas seperti meehun goreng, mee goreng, kuey teow goreng, maggi goreng, dan nasi goreng juga boleh menggunakan perencah ini. Perencah nie memudahkan kita untuk menyediakan masakan goreng2 terutama orang2 bujang..hehe. Tidak bermakna orang yang tak bujang xleh guna. Semua boleh guna untuk melazatkan lagi masakan. =)

Bahan-bahan:

  1. Bawang merah (kisar)
  2. Bawang putih (kisar)
  3. Cili boh / Cili kering kisar
  4. Sos Cili
  5. Sos Tomato
  6. Sos Tiram
  7. Asam jawa
  8. Garam
  9. Gula
  10. Stok ayam

Cara-cara:

  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar dengan menggunakan minyak masak sehingga bertukar menjadi warna keperangan.
  2. Kemudian, masukkan cili boh dan kacau sehingga sebati. Pastikan api tidak terlalu besar dan sederhana supaya cili boh yang dimasukkan tadi betul-betul masak.
  3. Tambahkan sos cili dan sos tomato ke dalam perencah yang dibuat.
  4. Kemudian masukkan asam jawa yang teah dibancuh dengan air terlebih dahulu. Kacaukan sehingga bercampur semua bahan. 
  5. Masukkan sos tiram dan kacau sehingga sebati.
  6. Akhir sekali proses mencukup rasa dengan memasukkan garam, gula dan stok ayam secukup rasa. =)
  7. Tunggu sehingga masak.


p/s: Perlu dikacau selalu supaya perencah tidak hangit.
Bila dah pandai buat nanti jangan lupa masakkan untuk anak-anak yatim dan orang2 tua ataupun fakir miskin. Dalam kita berseronok kita berikanlah mereka sedikit keseronokan. =)

 perencah goreng







Saturday 2 February 2013

Daging Paprik Ala Catering

Assalamualaikum wbt..

Sekarang nie Zek sedang praktikal di Hotel UiTM Shah Alam. Kali nie Zek ditempatkan di dapur yg menyediakan makanan untuk makan tengahhari dan ala carte di belah petang. So, kat sini zek diajar macam mane untuk sediakan masakan ala kampung. Hari nie zek nak kongsikan sedikit resepi Daging Paprik ala catering. Jom layanzzz....

Bahan-bahan:

  1. Bawang merah (kisar)
  2. Bawang putih (kisar)
  3. Halia (kisar)
  4. Kacang panjang (potong 4cm)
  5. Bawang Holland (potong wedges)
  6. Lobak merah (potong slice separuh)
  7. Cili merah besar (slice)
  8. Cili hijau besar (slice)
  9. Cili boh/ cili kering kisar
  10. Daun limau purut
  11. Daging
  12. Perencah Tomyam
  13. Sos Tiram
Cara-cara penyediaan bahan:
  1. Sediakan semua bahan yang diperlukan.
  2. Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia bersama-sama dengan mesin pengisar. Halia jgn terlalu banyak. Bawang merah lebih sedikit dari bawang putih. Jika tiada bawang putih lebihkan bawang merah dan halia.
  3. Kacang panjang dipotong serong dengan saiz lebih kurang 4cm. Digalakkan potong serong kerana kelihatan lebih menarik dan lebih nipis daripada potong biasa. Ini akan menampakkan masakan kita lebih "mahal" dan ada seni. hehehe..
  4. Bawang Holland pula dipotong secara "wedges" dengan aiz yg tidak terlalu kecil dan terlalu besar. Gunakan lebih kurang sebiji sahaja jika saiz bawang holland tersebut besar.
  5. Lobak merah dibuang kulit terlebih dahulu sebelum dibelah kepada 2 bahagian. Potong serong dan nipis supaya mudah dimakan. Cukup sekadar sebatang sahaja.
  6. Cili merah besar dan cili hijau besar pula dibelah 2. Cili ini hanya sekadar mencantikkan masakan dan tidak terlalu banyak.
  7. Daging direbus terlebih dahulu supaya lebih lembut dan tidak liat. Kemudian potong daging kepada saiz yang lebih kecil dan sesuai untuk dimakan. 
Cara-cara memasak:
  1. Tumiskan bahan2 yang dikisar (bawang merah, bawang putih, halia) sehingga warna keperangan.
  2. Masukkan sedikit cili boh dan kacau sehingga sebati. Biarkan mendidih dan tunggu sehingga cili betul2 masak.
  3. Kemudian, masukkan sedikit daun limau purut. Daun purut dikoyak supaya lebih kecil.
  4. Masukkan sedikit perencah tomyam dan kacau sehingga sebati. Tambahkan sos tiram untuk lebih sedap. Tunggu sehingga masak.
  5. Kemudian masukkan daging dan gaulkan sehingga rata.
  6. Masukkan semua sayur (kacang panjang, bawang holland, lobak merah, cili merah besar, cili hijau besar) dan gaulkan sehingga rata. Padamkan api dan gaul sehingga sebati.
  7. Hidangkan di dalam bekas yang cantik. =)

p/s: maaf zek xsempat nak ambil gambar sebab sibuk masak menu lain pula..hehe..nanti kalau zek buat lagi menu nie zek amik gambar.

sekadar gambar hiasa.