Resepi

Friday 4 January 2013

Pastry: Tart Telur

Assalamualaikum... moga2 semua dalam keadaan sihat. Bulan lepas saya terlibat dengan "Charity Bake Sale" bersama dengan kawan2 kelas saya bertujuan mengumpul dana untuk program khidmat masyarakat bersama anak yatim. Jadi, saya dan 2 orang lagi rakan saya telah diamanahkan untuk menghasilkan 2 produk iaitu Tart Telur & Tart Buah. Jadi saya nak kongsikan resepi tart telur untuk semua pembaca. Harap berpuas hati. =)

Bahan-bahan :

  1. Mentega Anchor (125g)
  2. Gula Aising (60g)
  3. Telur (9 biji)
  4. Esen Vanila (3 tsp)
  5. Tepung (220g)
  6. Susu Tepung (20g)
  7. Susu Sejat (150ml)
  8. Gula Castor ( 120g)
Cara-cara:

Sweet Pastry:
  1. Campurkan 60g gula aising dan 125g mentega Anchor ke dalam bekas aluminium, gaulkan dengan menggunakan kaedah "creaming".
  2. Tambah 1/2 sudu esen vanilla dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan 220g tepung bersama-sama dengan 20g susu tepung dan kacau sehingga sebati.
  4. Kemudian, masukkan 1 biji telur ke dalam adunan dan gaulkan sehingga membentuk doh.
  5. Letakkan doh ke dalam peti sejuk untuk tempoh 1 jam.  
  6. Selepas itu, bahagikan doh kepada saiz kecil lebih kurang 25g dan masukkan ke dalam acuan tart. 
  7. Rehatkan kembali doh yang telah masukkan ke dalam acuan ke dalam peti sejuk.
  8. Bakar acuan selama 10-15 minit (separuh bakar) pada 170 ° C.
  9. Kemudian biarkan ia sejuk.
Isi:
  1. Campurkan 150ml susu sejat, 120g gula kastor, 8 biji telur dan 1 sudu kecil esen vanila. 
  2. Ayakkan semuanya dan keluarkan gelembung yang terhasil daripada proses menyayak tadi. 
  3. Masukkan inti telur (adunan yang diayak) ke dalam acuan.
  4. Kemudian bakar semula selama 20 minit pada 170 ° C. 
  5. Keluarkan dari oven dan biarkan ia sejuk.
Siap!!!! hehehe.. dah jadi jangan lupa bagi dekat kawan2 lain rasa. Kalau diorang puji, boleh lah buat jual pulak kan. hehe.





No comments:

Post a Comment