Resepi

Sunday 13 January 2013

Laksa Pasti Sedap

Assalamualaikaum wbt...

Sekarang nie musim cuti bagi kebanyakan pelajar2 ijazah IPTA mahupun IPTS. Hehehe..so, cuti kali ini Zek balik ke kampung sedut resepi dari ayah Zek sendiri la. hehe. Kali ini Zek nak kongsikan resepi Laksa Kuah Asam yang pasti sedap. Ramai yang dah tahu macam mana nak buat tapi ada juga yang belum tahu kan..hehe. Jom kita tengok bahan2 dan cara2 buat Kuah Laksa Asam.

Bahan-bahan:


  1. Ikan kembong/pelaling (1 kg)
  2. 300g Bawang besar
  3. 150g Bawang merah
  4. 1 biji Kentang
  5. 3 senduk cili kering (kisar)
  6. 2 sudu gulai cili api (kisar)
  7. 1 batang bunga kantan
  8. 1 genggam daun kesum
  9. Asam keping
  10. 10g belacan
  11. 1-3 sudu teh garam
  12. 1-2 sudu gulai aji-no-moto
  13. 1 sudu teh tepung ubi


Cara-cara:


  • Laksa


  1. Rebuskan laksa dalam periuk sehingga laksa tersebut kembang. Lebih kurang 30 minit dan keatas.


  • Kuah Asam


  1. Rebuskan ikan kembong/pelaling dengan sedikit asam keping. 
  2. Perisi ikan asingkan isi dan tulang. Nak sedap ambil isi je tau. hehe. Kisarkan isi ikan tadi dengan air rebusan sehingga semua hancur.
  3. Tapiskan isi ikan yang dikisar tadi supaya tiada tulang ikan di dalam kuah nanti. =)
  4. Kisarkan bawang merah, bawang besar, bawang putih, bunga kantan dan dau kesum sekaligus.
  5. Sediakan periuk yang bersesuaian dan nyalakan api. Masukkan bahan2 yang dikisar tadi ke dalam periuk bersama ikan yang telah dikisar dan kacau sehingga sebati.
  6. Kemudian masukkan 3 senduk cili kering kisar, 2 sudu gulai cili api kisar dan kacau sehingga sebati. Tunggu sehingga cili masak.
  7. Tambahkan air jika kuah terlalu pekat.
  8. Kemudian masukkan garam dan aji-no-moto secukup rasa, asam keping secukup rasa dan sedikit tepung ubi. Kacau sehingga sebati.
  9. Tunggu sehingga mendidih dan kecilkan api dapur.
  10. Tunggu sehingga kuah menjadi warna keperangan dan masak. Jangan sampai hitam.
  11. Sediakan mangkuk yang bersesuaian untuk dihidang laksa bersama kuah dan bahan sampingan. =) 


  • Bahan-bahan hidangan cadangan :


  1. Timun
  2. Bawang besar
  3. Cili api
  4. Daun selom
  5. Telur rebus
  6. Limau nipis






p/s: Sebelum makan baca doa dulu. =) Bagi yang kurang makan pedas boleh kurangkan cili api kisar dalam kuah ataupun tak perlu masukkan langsung. Asam keping jangan masukkan terlalu banyak kerana ditakuti kuah menjadi terlalu masam jika dipanaskan untuk keesokkan hari. Kuah laksa biasanya akan lebih sedap jika dimakan pada  keesokkan hari. hehehe. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. =)

No comments:

Post a Comment