Resepi

Sunday 13 July 2014

Resepi: Tomyam Seafood

Assalamualaikum. Resepi yang menjadi kesukaan orang ramai. Selamat mencuba yer. Hehe


Bahan:

1. 1/2 biji bawang besar (potong wedges)
2. 4 biji cili api (ketuk)
3. 5cm lengkuas (potong nipis)
4. 2 batang serai (ketuk
5. 2 sudu besar Pes Tomya
6. 1 sudu besar susu cair
7. 4 ekor udang (saiz sederhana)
8. 2 ekor sotong (potong saiz sederhana)
9. 1 biji limau nipis
10. Bunga kobis
11. Pucuk jagung
12. Daun limau purut
13. Garam
14. Ajinomoto

Cara:
1. Panaskan air lebih kurang 1 liter.
2. Masukkan bawang besar, cili api, lengkuas, serai, bunga kobis, pucuk jagung dan daun limau purut dan tunggu air mendidih.
3. Masukkan pes tomyam dan air limau nipis.
4. Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa.
5. Masukkan sotong dan udang.
6. Masukkan susu dan siap untuk dihidang.                                      

Friday 11 July 2014

Resepi: Tilapia Sweet Sour

Assalamualaikum. Selamat mencuba. :)



Bahan:
1. Bawang besar - 1 biji (cincang)
2. Bawang putih - 3 ulas (cincang)
3. Halia - 1inci (slice)
4. Sos cili - 10 sudu besar
5. Sos tomato - 5 sudu besar
6. Timun - 1/2 biji (potong dadu)
7. Nenas - 1/5 biji (potong dadu)
8. Cili benggala - 1 biji (potong dadu)
9. Tomato - 1 biji (poyong dadu)
10. Garam - secukup rasa
11. Gula - secukup rasa
12. Air - secukup rasa jika pekat

Cara:
1. Goreng talapia dan letakkan di dalam bekas yang sesuai.
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Jika pekat  tambahkan sedikit air.
4. Masukkan semua bahan lain. Tambah garam dan gula secukup rasa.
5. Tuangkan sos sweet sour keatas talapia dan hidangkan.

Thursday 10 July 2014

Salam Ramadhan

Assalamualaikum semua. Zek mula2 nk mintak maaf sebab dah lama sangat rasanya xupdate blog nie. Dah berhabuk kot. Hehe. Zek juga mengucapkan selamat menunaikan puasa di bulan yang mulia ini iaitu Bulan Ramadhan. Disamping kita mensyukuri nikmat yang telah dicurahkan kepada kita, zek ingin menyeru sahabat2 semua menyalurkan sumbangan doa buat saudara2 kita di Palestin yg sekarang nie dizalimi oleh Dunia yg diketuai Israel. Moga2 dgn doa kita memberi cahaya kemengangan buat mereka disana. InsyaAllah zek akan cuba kongsi resepi dan info mengenai dunia kulinari utk sahabat2 semua. Sekian. SALAM RAMADHAN buat semua.