Resepi

Monday 28 January 2013

Patin Masak Tempoyak

Assalamualaikum wbt..

Zek nie lahir di Pahang, membesar pun di Pahang, jadi dah sinonim la dengan masakan tempoyak ikan patin nie. Hari nie zek nak kongsikan dengan kawan2 resepi Patin Masak Tempoyak. Boleh la siapa yang tak tahu nak cuba resepi nie. hehehe...

Bahan-bahan:

  1. 1 ekor ikan patin
  2. 6 biji bawang kecil (kisar)
  3. 2 ulas kunyit hidup (kisar)
  4. 1 sudu gulai cili api (kisar)
  5. 2 senduk tempoyak
  6. 1 genggam daun kesum
  7. 3 batang bunga kantan
  8. Asam keping
  9. Air
  10. Garam
  11. Gula

Cara-cara:

  1. Siang ikan patin dan perapkan dengan asam jawa serta limau nipis bagi menghilangkan bau hanyir yang ada pada ikan selama lebih kurang sejam.
  2. Gaulkan kunyit hidup, bawang kecil dan cili api yang telah dikisar bersama tempoyak.
  3. Masukkan air di dalam periuk lebih kurang 3 cawan. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah digaulkan tadi ke dalam periuk yang telah diisi air dan masukkan juga beberapa asam keping. Biarkan diatas api selama lebih kurang 2 hingga 5 minit. 
  4. Masukkan ikan ke dalam periuk.
  5. Kemudian, masukkan bunga kantan dan daun kesum serta garam dan gula secukup rasa.
  6. Tunggu sehingga masak dan hidangkan di dalam mangkuk yang bersesuaian.



p/s: selamat mencuba. nak lebih sedap masukkan lebih tempoyak. kalau terlalu pekat, masukkan lagi air. 

Sunday 20 January 2013

Nasi Goreng Mumbai Panas Punya~


Assalamualaikum wbt.

Resepi nie adalah resepi baru yg Zek cuba. Rasa memang menyelerakan. Resepi nie Zek nak kongsikan kepada semua terutamanya orang2 bujang la sebab mudah dan cepat. hehe. Kepada peminat kambing, ini resepi untuk anda!!


Bahan-bahan:

1. 1 pinggan nasi putih 
2. 1/2 bawang besar (potong bulat)
3. 1 biji bawang putih (cincang halus)
4. 2 sudu teh serbuk kari
5. 1 sudu teh serbuk cili
6. 1/3 sudu teh serbuk kunyit
7. Daging Kambing (potong sederhana)
8. Lobak merah (potong halus memanjang)
9. Kacang hijau (potong kecil)
10.Minyak sapi
11.Minyak masak
12.1 sudu teh susu cair/ santan 

Cara-cara:

1. Panaskan minyak masak dan campurkan sedikit minyak sapi.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga kuning sedikit dan masukkan serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit.
3. Kemudian, masukkan daging kambing dan kacau sehingga masak. 
4. Masukkan susu cair dan kacang panjang. Kacaukan sehingga rata. 
5. Masukkan nasi putih dan lobak merah kemudian gaulkan sehingga rata.
6. Gaulkan sehingga garing.
7. Siap!! hidangkan dalam pinggan dan selamat menjamu selera..hehehe.


p/s: daging kambing kena rebus dahulu supaya tidak liat bila dimakan nanti.hehe

Ovenbaked Oriental Chicken Breast

Assalamualaikum wbt.

OK. Kali nie zek nak bg resepi menu "western". Jom kita selongkar dapur..hehe

Bahan-bahan:


  1. 4 ketul dada ayam
  2. Sos BBQ
  3. Serbuk kari
  4. Daun kari
  5. Serbuk cili
  6. Lada hitam hancur
  7. Garam







Cara-cara:


  1. Basuh dada ayam sehingga bersih dan potong lebihan isi yang ada pada dada ayam supaya nampak cantik apabila siap dimasak.
  2. Gaulkan dada ayam dengan sos BBQ, serbuk kari dan serbuk cili sehingga semua permukaan ayam kena.
  3. Masukkan sedikit garam, lada hitam hancur dan daun kari secukup rasa dan gaulkan bersama ayam sehingga rata.
  4. Perapkan ayam yang telah siap digaul di tempat yang selamat lebih kurang 1 jam.
  5. Kemudian, tetapkan suhu oven kepada 180 darjah celcius. Masukkan dada ayam yang telah diperap ke dalam oven selama 35-50 minit.
  6. Kemudian, keluarkan dada ayam dari oven dan hidangkan di dalam pinggan.


Cadangan hidangan bersama:

  1. Sos cendawan
  2. Sayur rebus tumis
  3. Mashed potato

p/s: memang tak rugi cuba. =)

Tuesday 15 January 2013

Cream of Potato

Assalamualaikum wbt...

Emmm.. apa nak tulis ea..hehe.
Mungkin menu nie dah biasa kot..tp zek nak bagi resepi juga. 
"Creams of potato" 

Bahan-bahan:

  1. 500g kentang (potong sedang)
  2. 1/2 bawang holland (cincang halus)
  3. 1/2 labu bawang putih (cincang halus)
  4. White mirepoix (2;1;1)
  5. Mentega 
  6. Susu krim
  7. Stok ayam
  8. Serbuk lada hitam
  9. Garam


Cara-cara:

  1. Kupaskan kulit kentang dan basuh sehingga bersih. Potong kentang kepada saiz sedang.
  2. Sediakan white mirepoix dengan nisbah 2.1.1
  3. Sediakan periuk dan kemudian tumiskan bawang holland dan bawang putih yang dicincang halus dengan sedikit mentega. Jangan menggunakan mentega terlalu banyak takut dikhuatiri berminyak.
  4. Masukkan white mirepoix ke dalam periuk dan kacau sehingga rata.
  5. Kemudian masukkan kentang yang dipotong sedang ke dalam periuk.
  6. Masukkan air sehingga semua bahan tenggelam dan kacau semua bahan dalam periuk. Tunggu sehingga kentang menjadi empuk dan lembut.
  7. Setelah kentang menjadi empuk dan lembut, kisarkan semua bahan menggunakan mesin pengisar. 
  8. Kemudian masukkan semula semua bahan yang telah dikisar ke dalam periuk dan tambahkan sedikit air.
  9. Masukkan susu krim secukup rasa. Tambahkan garam, stok ayam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Kacau sehingga sebati.
  10. Tunggu sup mendidih dan masak.



Sunday 13 January 2013

Nasi Goreng Bollywood

Assalamualaikum wbt.

Ada tak peminat filem2 Bollywood kat sini?? 

Mesti ada kan. Zek pun layan juga filem2 bollywood nie. Heroin comel2 la katakan..hehehe. Ok...zek bukan  nak bebel pasal filem ataupun pelakon filem bollywood. Zek nak kongsikan satu menu yang baru zek cipta. Ceewahhh.hehe. 
Nasi goreng Bollywood. =)


Bahan-bahan:

1. 1 pinggan nasi putih 
2. 1/2 bawang besar (potong bulat)
3. 1 biji bawang putih (cincang halus)
4. 2 sudu teh serbuk kari
5. 1 sudu teh serbuk cili
6. 1/3 sudu teh serbuk kunyit
7. Ayam (potong kecil)
8. Daging (potong kecil)
9. Sotong (ptong kecil)
10.Lobak merah (potong dadu)
11.Kacang hijau (potong kecil)
12.Minyak sapi
13.Minyak masak
14.1 sudu teh susu cair/ santan 

Cara-cara:

1. Panaskan minyak masak dan campurkan sedikit minyak sapi.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga kuning sedikit dan masukkan serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit.
3. Kemudian, masukkan ayam, daging dan sotong dan kacau sehingga masak. 
4. Masukkan susu cair dan kacang panjang. Kacaukan sehingga rata. 
5. Masukkan nasi putih dan lobak merah kemudian gaulkan sehingga rata.
6. Gaulkan sehingga garing.
7. Siap!! hidangkan dalam pinggan dan selamat menjamu selera..hehehe.



p/s: resepi ini sesuai untuk peminat nasi beriyani..hehe.. boleh tambahkan udang jika mahu. cuba masak bagi bakal bapa mertua makan tengok apa reaksi dia..hehe..
orang bujang memang sesuai menu nie. Selamat mencuba kawan2. =)



1000 Island Lazat


Assalamualaikum semua..

Siapa tahu apa itu "Thousand Island"?? Adakah sebuah pulau yang cantik? 
Adakah nama sebuah negara? hehehe

Ia merupakan sejenis sos salad dan perasa. Juga dikenali sebagai Russian dressing. 1000 island biasanya digunakan dalam penghasilan appertizer bersama-sama dengan salad. Jom kita tengok proses menghasilkan 1000 island. 

Bahan-bahan:


  1. 1 cup mayonis
  2. 1/3 cup sos tomato
  3. 1/3 cup sos cili
  4. 1/4 cup pickle relish
  5. 1 tbsp bawang (cincang halus)
  6. 1 biji telur rebus (cincang halus)

Cara-cara:
  1. Cincang pickle relish, bawang dan telur rebus sehingga halus.
  2. Campurkan semua bahan dan gaulkan sehingga sebati.
  3. Setelah siap digaul, sejukkan sos di dalam peti ais.




p/s: 1000 island juga selalu digunaka didalam burger. Macam2 boleh dicicah dengan 1000 island..pasti sedap. hehehe

Laksa Pasti Sedap

Assalamualaikaum wbt...

Sekarang nie musim cuti bagi kebanyakan pelajar2 ijazah IPTA mahupun IPTS. Hehehe..so, cuti kali ini Zek balik ke kampung sedut resepi dari ayah Zek sendiri la. hehe. Kali ini Zek nak kongsikan resepi Laksa Kuah Asam yang pasti sedap. Ramai yang dah tahu macam mana nak buat tapi ada juga yang belum tahu kan..hehe. Jom kita tengok bahan2 dan cara2 buat Kuah Laksa Asam.

Bahan-bahan:


  1. Ikan kembong/pelaling (1 kg)
  2. 300g Bawang besar
  3. 150g Bawang merah
  4. 1 biji Kentang
  5. 3 senduk cili kering (kisar)
  6. 2 sudu gulai cili api (kisar)
  7. 1 batang bunga kantan
  8. 1 genggam daun kesum
  9. Asam keping
  10. 10g belacan
  11. 1-3 sudu teh garam
  12. 1-2 sudu gulai aji-no-moto
  13. 1 sudu teh tepung ubi


Cara-cara:


  • Laksa


  1. Rebuskan laksa dalam periuk sehingga laksa tersebut kembang. Lebih kurang 30 minit dan keatas.


  • Kuah Asam


  1. Rebuskan ikan kembong/pelaling dengan sedikit asam keping. 
  2. Perisi ikan asingkan isi dan tulang. Nak sedap ambil isi je tau. hehe. Kisarkan isi ikan tadi dengan air rebusan sehingga semua hancur.
  3. Tapiskan isi ikan yang dikisar tadi supaya tiada tulang ikan di dalam kuah nanti. =)
  4. Kisarkan bawang merah, bawang besar, bawang putih, bunga kantan dan dau kesum sekaligus.
  5. Sediakan periuk yang bersesuaian dan nyalakan api. Masukkan bahan2 yang dikisar tadi ke dalam periuk bersama ikan yang telah dikisar dan kacau sehingga sebati.
  6. Kemudian masukkan 3 senduk cili kering kisar, 2 sudu gulai cili api kisar dan kacau sehingga sebati. Tunggu sehingga cili masak.
  7. Tambahkan air jika kuah terlalu pekat.
  8. Kemudian masukkan garam dan aji-no-moto secukup rasa, asam keping secukup rasa dan sedikit tepung ubi. Kacau sehingga sebati.
  9. Tunggu sehingga mendidih dan kecilkan api dapur.
  10. Tunggu sehingga kuah menjadi warna keperangan dan masak. Jangan sampai hitam.
  11. Sediakan mangkuk yang bersesuaian untuk dihidang laksa bersama kuah dan bahan sampingan. =) 


  • Bahan-bahan hidangan cadangan :


  1. Timun
  2. Bawang besar
  3. Cili api
  4. Daun selom
  5. Telur rebus
  6. Limau nipis






p/s: Sebelum makan baca doa dulu. =) Bagi yang kurang makan pedas boleh kurangkan cili api kisar dalam kuah ataupun tak perlu masukkan langsung. Asam keping jangan masukkan terlalu banyak kerana ditakuti kuah menjadi terlalu masam jika dipanaskan untuk keesokkan hari. Kuah laksa biasanya akan lebih sedap jika dimakan pada  keesokkan hari. hehehe. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. =)

Saturday 5 January 2013

Beef Bacon and Prune Rolls

Assalamualaikum wbt...

Nie adalah menu utk appertizer masa sy kena jadi Chef of The Day dua bulan yg lalu. Jadi, apa kata sy tunjukkan mcmane nk hasilkan beff bacon and prune rolls nie ok! hehe.. boleh buat kat rumah nie sebab mudah dan cepat. Rasa pun emmmmmmmmmmmmm...nyum3. hehehe

Bahan-bahan :
  1. Beef bacon (helaian daging lembu) 
  2. Buah prune
  3. Sos Thai
  4. Salad
Cara-cara :
  1. Mula2 kita sediakan periuk leper untuk kita goreng beef bacon. Masukkan sedikit marjerin dan goreng beef bacon. Jangan terlalu garing sebab nanti payah nak gulung. hehe
  2. Bila dah siap goreng, potong beef bacon kepada 2 bahagian secara memanjang.
  3. Ambil buah prune dan basuh buah tersebut supaya bersih.
  4. Letakkan buah prune dia atas beef bacon dan gulungkanya.
  5. Cucuk lidi pencungkil gigi di tengah2 gulungan supaya beef bacon yg telah digulung bersama buah prune tadi tak terburai. hehe
  6. Ambil pinggan kosong yang bersih. Kemudian letakkan sekeping daun salad di tengah2 pinggan sebagai pelapik. Kemudian letakkan beef bacon yg telah digulung tadi di atas daun salad.
  7. Tuangkan sedikit sos Thai di tepi gulungan beef bacon tersebut.
  8. Tadaaa!!!!! dah siap. boleh la makan jgn tengok jer.hehe
Inilah Beef Bacon & Prune Rolls..=)

Potong kepada 2 bahagian.

Gulungkan bersama buah prune di tengah2.

Senang kan??

Ambil gambar dulu sebelum makan..hehe

p/s: selamat mencuba. hehe


credit to: chef hussin khan (my lecturer)

Sos Lada Hitam Ekspress

Assalamualaikum... kita selalu pergi ke western food restaurant utk makan chicken chop atau pun lamb chop yg selalunya dihidangkan bersama sos lada hitam. Tak teringin ke nak buat sendiri di rumah? Tak susah..senang jer.hehe. Nak tau macam mana nak buat sos lada hitam dengan mudah? Jom sy tunjukkan...

Bahan-bahan :

  1. Bawang putih (cincang halus)
  2. Mentega
  3. Demi glaze
  4. Serbuk lada hitam
  5. Garam
  6. Air
Cara-cara :
  1. Cincang bawang putih hingga halus diatas papan cincang.
  2. Bancuh demi glaze dengan air suam.
  3. Tumiskan bawang putih dengan sedikit mentega. Kemudian tuangkan demi glaze yg telah dibancuh dan masak sehingga pekat.
  4. Masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. 
  5. Masak sehingga mendidih dan untuk lebih nampak cantik, letak sedikit mentega di akhir proses memasak.


SIAP DAH KAWAN2...hehehe. sos lada hitam boleh dimakan dengan pelbagai jenis makanan. Asalkan tuan dan puan semua sukakannya. =) senang je kan?? so, jangan tunggu lagi.buatlah sekarang..hee



maaf la letak dalam bekas plastik je. org bujang kn..hehe

credit to Faiz Rahman.


Siapa Zek Zairi???

Assalamualaikum wbt.

Terlebih dahulu sy nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang membaca blog sy yang tak seberapa nie. Maklumlah orang baru la katakan..hehe. Ramai yang tak mengenali diri sy nie..yela..bukan chef selebriti kan..orang baru dalam bidang masakan nie. =). 

Nama diberi Mohamad Hamzairi B. Mohamad dilahirkan di teratak No.27 Felda Bukit Puchong, Triang, Pahang pada tanggal 24 November 1989. Dibesarkan bersama keluarga di Felda Mengkuang, Triang, Pahang. Pendidikan awal bermula di Tabika Islam Felda Mengkuang ketika berumur 6 tahun. Seterusnya meneruskan pendidikan di SK Sri Buntar, Triang, Pahang dari darjah 1 sehingga darjah 6. Selepas mendapat keputusan UPSR (2001) yg agak baik, sy meneruskan pengajian di SMK Seri Bera, Bandar Bera, Pahang dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 3. Sekolah nie adalah sekolah rancangan khas negeri Pahang. Setelah bersusah payah selama 3 tahun, maka dapat lah hasil yg agak baik dlm PMR (2004). Jadi, nasib yg baik ditawarkan masuk ke MRSM Kuala Berang, Terengganu. Maka bermastautinlah di Terengganu selama 2 tahun sehingga SPM (2006) dalam aliran Sains Tulen. Selepas mendapat keputusan SPM ditawarkan melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Johor (2007) dalam Sains Fizikal. Tetapi perjalanan tidak semudah yg diharapkan. Sy terkandas di pertengahan jalan. Namun perjalanan harus diteruskan, atas sokongan dan nasihat daripada ibubapa sy membuat keputusan untuk mengambil diploma. Jadi, sy meneruskan pengajian diploma di Universiti College Shahputra, Kuantan dalam bidang Diploma Sains UiTM (2009). Pejam celik dah habis 3 tahun diploma. Perjalanan masih jauh. Bulan 3 2012 sy telah dapat melanjutkan pelajaran ke UiTM Pulau Pinang dalam  Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni Kulinari sehingga lah sekarang masih bergelar pelajar di akhir semester 2. 


  
MRSM QBER @ KUALA BERANG



UNIVERSITY COLLEGE SHAHPUTRA 



UITM PULAU PINANG

Jadi, itulah serba sedikit latar pendidikan sy sehingga sekarang. Minat dalam bidang masakan telah membawa diri sy ke dalam bidang kulinari. Banyak perkara yg perlu sy belajar. Sambil sy belajar boleh sy kongsikan ilmu kepada kawan2 semua. hehehe..

Untuk sebarang perkongsian dan pertanyaan boleh la hubungi sy di 014-5118423 atau emel sy fivestar_zack@yahoo.com. Atau pun boleh add sy di 

facebook : https://www.facebook.com/mohamadhamzairi

twitter : https://twitter.com/Official_Zek

marshable : http://www.marshable.net/profile-26399/

ym : fivestar_zack@yahoo.com

skype : fivestar zack @ fivestar_zack@yahoo.com


Nak promote sikit STS Cafe milik keluarga sy di Kedai Majlis Daerah Bera, Simpang Bukit Mendi, Triang, Pahang. Kepada pembaca yg berdekatan dgn area Triang boleh la pergi menikmati makan malam di sana. Antara menu istimewa ialah Laksa Kuala Perlis, Nasi Lemak Puyuh, Tomyam Goon, Sup Kambing, Sup Rusa dan banyak lagi. 




SELAMAT BERKENALAN SEMUA!! =)






Friday 4 January 2013

Mee Bandung Bujang

Assalamualaikum.. ok! sekarang nie Zek nak kongsikan 1 resepi mee bandung cara orang bujang.hehe. Resepi nie Zek ambil dari kawan nama dia Safuan. Mungkin resepi ini tak sehebat resepi saudara saudari yang lebih hebat dalam masak memasak nie kan. Tapi tak apa la..mungkin orang bujang bolek praktikkannya..=)

Bahan-bahan :

  1. Cili boh (kisar)
  2. Sos cili
  3. Sos tomato
  4. Kicap
  5. Sos tiram
  6. Ayam/Daging/Udang (secukupnya)
  7. 3 sudu besar bawang merah (kisar)
  8. 1 sudu besar bawang putih (kisar)
  9. Serbuk perasa
  10. Air rebusan udang/daging
  11. 1 bungkus mee kuning

 Cara-cara :

  1. Rebuskan udang @ daging untuk dapatkan air rebusan.
  2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar terlebih dahulu.
  3. Masukkan cili boh berserta ayam dan daging dan udang. Gaulkan sehingga rata.
  4. Masukkan air rebusan ke dalam tumisan.
  5. Tambahkan kicap, sos cili, sos tomato dan sos tiram secukup rasa.
  6. Tambah air jika kuah jadi kering.
  7. Tunggu sehingga kuah masak dan akhir sekali baru dimasukkan mee kuning dan gaulkan sehingga rata.
  8. Mee bandung dah siap dan boleh dimakan..hehehehe..=)

p/s: sukatan bahan-bahan boleh diubah mengikut citarasa sendiri. Selamat mencuba. =)

Gambar hiasan

Nasi Impit Segera

Assalamualaikum... tiba2 teringat pula kat nasi impit tengah2 hari nie. hehehe.. Sekarang nie ade banyak dah brand2 yg jual nasi impit segera. Kalau tak pandai buat pun takpe dah sekarang  nie.. rebus je yg segera dah boleh makan. Biasanya nasi impit dimakan dengan kuah kacang tanah, rendang ayam@daging, lontong dan soto. Tapi korang pernah dengar tak kuah kacang hijau?? Family sy mmg kuah kegemaran ialah kuah kacang hijau. Mcamne rase kuah kacang hijau? Nanti Zek bg resepi k..bukan hari nie.. nanti bila dah rase nk masuk zek masukkan..hehe. 

Nie la antara brand nasi impit segera yg ada kat tempat kita: 

ADABI

NONA

Antara kuah2 yg biasa dimakan dengan nasi impit:


Nasi impit + kuah kacang


Nasi impit + rendang


Nasi impit + serunding


Soto


Lontong


p/s: kalau ade resepi kuah yang sedap jgn lupa kongsi dengan kawan2.. hehe. sama2 dapat makan sedap kn..=)

Pastry: Tart Telur

Assalamualaikum... moga2 semua dalam keadaan sihat. Bulan lepas saya terlibat dengan "Charity Bake Sale" bersama dengan kawan2 kelas saya bertujuan mengumpul dana untuk program khidmat masyarakat bersama anak yatim. Jadi, saya dan 2 orang lagi rakan saya telah diamanahkan untuk menghasilkan 2 produk iaitu Tart Telur & Tart Buah. Jadi saya nak kongsikan resepi tart telur untuk semua pembaca. Harap berpuas hati. =)

Bahan-bahan :

  1. Mentega Anchor (125g)
  2. Gula Aising (60g)
  3. Telur (9 biji)
  4. Esen Vanila (3 tsp)
  5. Tepung (220g)
  6. Susu Tepung (20g)
  7. Susu Sejat (150ml)
  8. Gula Castor ( 120g)
Cara-cara:

Sweet Pastry:
  1. Campurkan 60g gula aising dan 125g mentega Anchor ke dalam bekas aluminium, gaulkan dengan menggunakan kaedah "creaming".
  2. Tambah 1/2 sudu esen vanilla dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan 220g tepung bersama-sama dengan 20g susu tepung dan kacau sehingga sebati.
  4. Kemudian, masukkan 1 biji telur ke dalam adunan dan gaulkan sehingga membentuk doh.
  5. Letakkan doh ke dalam peti sejuk untuk tempoh 1 jam.  
  6. Selepas itu, bahagikan doh kepada saiz kecil lebih kurang 25g dan masukkan ke dalam acuan tart. 
  7. Rehatkan kembali doh yang telah masukkan ke dalam acuan ke dalam peti sejuk.
  8. Bakar acuan selama 10-15 minit (separuh bakar) pada 170 ° C.
  9. Kemudian biarkan ia sejuk.
Isi:
  1. Campurkan 150ml susu sejat, 120g gula kastor, 8 biji telur dan 1 sudu kecil esen vanila. 
  2. Ayakkan semuanya dan keluarkan gelembung yang terhasil daripada proses menyayak tadi. 
  3. Masukkan inti telur (adunan yang diayak) ke dalam acuan.
  4. Kemudian bakar semula selama 20 minit pada 170 ° C. 
  5. Keluarkan dari oven dan biarkan ia sejuk.
Siap!!!! hehehe.. dah jadi jangan lupa bagi dekat kawan2 lain rasa. Kalau diorang puji, boleh lah buat jual pulak kan. hehe.





Masakan Melayu : Ayam Masak Merah

Assalamualaikum pembuka bicara buat semua pembaca. Hari ini saya nak berkongsi sedikit resepi masakan melayu iaitu Ayam Masak Merah yang ringkas dan senang dimasak terutamanya orang bujang macam saya ini la. hehe. Kepada yang bukan bujang pun tiada masalah untuk menggunakan resepi ini. Jom kita tengok apa yang perlu ada untuk masak ayam masak merah.

Bahan-bahan :

1. Separuh ekor ayam ( potong sedang )
2. 1 sudu besar (gulai) bawang merah ( dikisar )
3. 1 sudu besar (gulai) bawang putih ( dikisar )
4. 1 sudu besar (gulai) halia ( dikisar )
5. Sebiji bawang besar yang dipotong bulat
6. Sebiji tomato yang dipotong dadu
7. Sebiji cili besar yang dipotong memanjang
8. 2 sudu besar (gulai) cili kisar (cili boh)
9. 2 sudu besar (gulai) sos cili
10. 2 sudu besar (gulai) sos tomato
11. Garam secukup rasa
12. Serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara :

  1. Mula-mula basuh ayam sehingga bersih supaya masakan kita menjadi makanan yang sihat untuk dimakan. Kalu tak bersih nanti keracunan makanan pula. hehehe...
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam separuh masak. Jangan sampai ayam menjadi garing. Kira-kira dalam lebih kurang 10 minit sahaja. =)
  3. Kemudian, kita tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar ( bawang merah, bawang putih dan halia ). Tumiskan sehingga naik bau yang harum..hehehe
  4. Selepas itu, kita masukkan cili kisar atau orang kita biasa panggil cili boh. Kacau sehingga rata dan biarkan cili kisar tersebut naik minyak dan masak.
  5. Masukkan ayam goreng tadi dan kacau sehingga rata.
  6. Untuk pastikan tidak melekit tambahkan sedikit air ke dalam masakan kita dan jangan lupa masukkan juga sos cili dan sos tomato. Kacau sehingga rata.
  7. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan tomato yang dipotong dadu. Cili besar pun boleh masukkan bersama dan kacau sehingga rata.
  8. Tambahkan garam dan serbuk secukup rasa. Tunggu sehingga menjadi pekat.
  9. Dah siap!! boleh la hidangkan di dalam pinggan atau mangkuk. =) Untuk nampak lebih menarik boleh taburkan daun diatas ayam masak merah tersebut.


p/s: Nak makan jangan lupa baca doa tau! hehe.. Perut kenyang..keberkatan pon dapat. Selamat mencuba semua!!

Gambar hiasan