Resepi

Monday 20 July 2015

Pastry: Tart Nenas Gulung

Assalamualaikum WBT.

Simple, mudah dan sedap. Itu jer yang Zek dapat katakan untuk resepi ini. Selamat mencuba. =)



Bahan-bahan:

1. 500g Tepung Gandum
2. 300g Mentega
3. 2 biji Kuning Telur
4. 1/2 biji Putih Telur
5. 1/8 sudu teh Garam Halus
6. 10g Gula Ising
7. 1/2 sudu teh Esen Vanilla
8. Sedikit Pewarna Kuning
9. 500g Jem Nenas

Bahan Sapuan:

1. 1 biji Kuning Telur
2. Sedikit Pewarna Kuning
3. 1/2 sudu teh Air

Cara-cara:

1. Ayakkan tepung gandum ke dalam bekas yang sesuai. Kemudian masukkan mentega ke dalam bekas tersebut dan gaulkan tepung gandum dengan mentega sehingga sebati.

2. Campurkan kuning telur, putih telur, garam halus dan esen vanilla, kemudian kacau sehingga sebati.

3. Masukkan campuran tadi ke dalam bekas tepung dan mentega tadi dan gaulkan sehingga sebati.

4. Kemudian masukkan gula aising dan sedikit pewarna kuning supaya tart menjadi lebih kekuningan selepas bakar. Gaulkan sehingga sebati dan biarkan seketika.

5. Bulatkan jem nenas kecil-kecil mengikut saiz yang sesuai. Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam acuan dan paipkan di atas permukaan yang rata dan letakkan jem nenas yang telah dibulatkan kecil tadi dan gulung adunan yang dipaipkan tadi.

6. Sapukan campuran bahan sapuan ke atas tart yang telah digulung.

7. Tetapkan suhu oven kepada 180 darjah celcius dan bakar selama 15 hingga 20 minit.


Facebook : Hamzairi Mohamad
Twitter : @Official_Zek
Instagram : zekzairi
WeChat : zekzairi89
Whatsapp : 0145118423



No comments:

Post a Comment