Resepi

Saturday 2 February 2013

Daging Paprik Ala Catering

Assalamualaikum wbt..

Sekarang nie Zek sedang praktikal di Hotel UiTM Shah Alam. Kali nie Zek ditempatkan di dapur yg menyediakan makanan untuk makan tengahhari dan ala carte di belah petang. So, kat sini zek diajar macam mane untuk sediakan masakan ala kampung. Hari nie zek nak kongsikan sedikit resepi Daging Paprik ala catering. Jom layanzzz....

Bahan-bahan:

  1. Bawang merah (kisar)
  2. Bawang putih (kisar)
  3. Halia (kisar)
  4. Kacang panjang (potong 4cm)
  5. Bawang Holland (potong wedges)
  6. Lobak merah (potong slice separuh)
  7. Cili merah besar (slice)
  8. Cili hijau besar (slice)
  9. Cili boh/ cili kering kisar
  10. Daun limau purut
  11. Daging
  12. Perencah Tomyam
  13. Sos Tiram
Cara-cara penyediaan bahan:
  1. Sediakan semua bahan yang diperlukan.
  2. Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia bersama-sama dengan mesin pengisar. Halia jgn terlalu banyak. Bawang merah lebih sedikit dari bawang putih. Jika tiada bawang putih lebihkan bawang merah dan halia.
  3. Kacang panjang dipotong serong dengan saiz lebih kurang 4cm. Digalakkan potong serong kerana kelihatan lebih menarik dan lebih nipis daripada potong biasa. Ini akan menampakkan masakan kita lebih "mahal" dan ada seni. hehehe..
  4. Bawang Holland pula dipotong secara "wedges" dengan aiz yg tidak terlalu kecil dan terlalu besar. Gunakan lebih kurang sebiji sahaja jika saiz bawang holland tersebut besar.
  5. Lobak merah dibuang kulit terlebih dahulu sebelum dibelah kepada 2 bahagian. Potong serong dan nipis supaya mudah dimakan. Cukup sekadar sebatang sahaja.
  6. Cili merah besar dan cili hijau besar pula dibelah 2. Cili ini hanya sekadar mencantikkan masakan dan tidak terlalu banyak.
  7. Daging direbus terlebih dahulu supaya lebih lembut dan tidak liat. Kemudian potong daging kepada saiz yang lebih kecil dan sesuai untuk dimakan. 
Cara-cara memasak:
  1. Tumiskan bahan2 yang dikisar (bawang merah, bawang putih, halia) sehingga warna keperangan.
  2. Masukkan sedikit cili boh dan kacau sehingga sebati. Biarkan mendidih dan tunggu sehingga cili betul2 masak.
  3. Kemudian, masukkan sedikit daun limau purut. Daun purut dikoyak supaya lebih kecil.
  4. Masukkan sedikit perencah tomyam dan kacau sehingga sebati. Tambahkan sos tiram untuk lebih sedap. Tunggu sehingga masak.
  5. Kemudian masukkan daging dan gaulkan sehingga rata.
  6. Masukkan semua sayur (kacang panjang, bawang holland, lobak merah, cili merah besar, cili hijau besar) dan gaulkan sehingga rata. Padamkan api dan gaul sehingga sebati.
  7. Hidangkan di dalam bekas yang cantik. =)

p/s: maaf zek xsempat nak ambil gambar sebab sibuk masak menu lain pula..hehe..nanti kalau zek buat lagi menu nie zek amik gambar.

sekadar gambar hiasa.

No comments:

Post a Comment