Resepi

Tuesday 19 November 2013

Pastry: Kek Brownies Leleh

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera


Kali ini Zek nak kongsikan resepi kek brownies untuk pembaca semua. Zek yakin pembaca semua tidak akan rugi untuk mencuba resepi ini kerana Zek sendiri telah kerap kali menggunakan resepi ini dan sememangnya mendapat respon yang positif dari rakan-rakan. Jadi, bolehlah cuba untuk menarik hati suami atau isteri yang sukakan kek ataupun rakan-rakan sebagai hadiah kek harijadi. hehe. 

Bahan-bahan:

50g tepung
150g marjerin
2 tbsp serbuk koko 
100g gula perang
2 biji telur (gred A)
50g walnut

Coklat ganarch/cair:

- blok coklat
- susu segar/ penuh krim
- marjerin 

Cara-cara:

(kek)

1. Sukat dan sediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti dalam resepi.
2. Pukul marjerin bersama dengan gula perang sehingga gula perang sebati bersama dengan marjerin di dalam bekas yang sesuai.
3. Kemudian, masukkan telur ke dalam bekas tadi dan pukul sehingga sebati.
4. Seterusnya masukkan tepung dan serbuk koko ke dalam bekas tadi dan pukul lagi sehingga adunan menjadi sebati.
5. Masukkan adunan tadi ke dalam bekas acuan kek.
6. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius selama 10 minit.
7. Setelah oven dipanaskan, masukkan bekas acuan kek yang berisi adunan tadi ke dalam oven.
8. Bakar adunan tadi selama 50 minit.

(coklat ganarch)

1. Potong blok coklat kepadasaiz yang lebih kecil.
2. Sediakan periuk berisi air dan panaskan dia atas dapur.
3. Coklat yang telah dipotong tadi dimasukkan ke dalam bekas aluminium dan diletakkan di atas permukaan air yang dipanaskan. 
4. Masukkan sedikit susu segar dan marjerin dan kacau sehingga coklat larut.
5. Lelehkan coklat ganarch di atas kek yang telah disejukkan. 





No comments:

Post a Comment