Assalamualaikum wbt...
Nie adalah menu utk appertizer masa sy kena jadi Chef of The Day dua bulan yg lalu. Jadi, apa kata sy tunjukkan mcmane nk hasilkan beff bacon and prune rolls nie ok! hehe.. boleh buat kat rumah nie sebab mudah dan cepat. Rasa pun emmmmmmmmmmmmm...nyum3. hehehe
Bahan-bahan :
- Beef bacon (helaian daging lembu)
- Buah prune
- Sos Thai
- Salad
Cara-cara :
- Mula2 kita sediakan periuk leper untuk kita goreng beef bacon. Masukkan sedikit marjerin dan goreng beef bacon. Jangan terlalu garing sebab nanti payah nak gulung. hehe
- Bila dah siap goreng, potong beef bacon kepada 2 bahagian secara memanjang.
- Ambil buah prune dan basuh buah tersebut supaya bersih.
- Letakkan buah prune dia atas beef bacon dan gulungkanya.
- Cucuk lidi pencungkil gigi di tengah2 gulungan supaya beef bacon yg telah digulung bersama buah prune tadi tak terburai. hehe
- Ambil pinggan kosong yang bersih. Kemudian letakkan sekeping daun salad di tengah2 pinggan sebagai pelapik. Kemudian letakkan beef bacon yg telah digulung tadi di atas daun salad.
- Tuangkan sedikit sos Thai di tepi gulungan beef bacon tersebut.
- Tadaaa!!!!! dah siap. boleh la makan jgn tengok jer.hehe
Inilah Beef Bacon & Prune Rolls..=)
Potong kepada 2 bahagian.
Gulungkan bersama buah prune di tengah2.
Senang kan??
Ambil gambar dulu sebelum makan..hehe
p/s: selamat mencuba. hehe
credit to: chef hussin khan (my lecturer)
No comments:
Post a Comment