Nama Arab: Tamr
Nama Inggeris: Date palm
Nama Sains: Phoenix dactylifera
Famili: Arecaceae
Kurma mengandungi gula, lemak dan protein serta pelbagai vitamin penting yang lain. Antara kandungan nutrien yang terdapat dalam kurma ialah; Sulfur, Ferum, Kalium, Fosforus, Magnesium, Kuprum, Mangan, Minyak dan Kalsium.
Antara jenis-jenis kurma komersial (bukan nama-nama kurma Yusuf Taiyub tau..hehe):
1.Deglet Nour
2.Bahri
3.Hadrawi
4.Amari
5.Medjool
6.Hayani
7.Zahidi
Ok, sekarang saya nak kongsikan petua ataupun amalan sihat yang boleh kita sama-sama amalkan bagi merawati penyakit tertentu. Disini saya nak kongsikan 10 petua.
1. Meningkatkan stamina
- Rebuskan kurma dengan segelas air sehingga mendidih. Kemudian, tambah madu dan susu secukup rasa. Diminum setiap kali hendak tidur.
2. Sembelit
- Rendam beberapa biji kurma semalaman dan minum air rendaman tersebut pada waktu pagi.
3. Insomnia
- Buat jus kurma kemudian minum setiap kali sebelum tidur.
4. Bersin
- Sapukan jus kurma pada hidung.
5. Lemah tenaga batin
- Tiga biji kurma dimakan dengan madu dua jam sebelum tidur dan dilakukan selalu.
6. Denggi berdarah
- Kisarkan 500g kurma bersama 5 gelas air sehingga hancur. Kemudian, minum segelas bagi setiap 1 jam selama sehari.
7. Panas badan
- Buah kurma dan tembikai dimakan sebelum makan makanan berat.
8. Badan penat atau letih
- Masak buah kurma yang dicampur dengan susu kambing asli atau susu lembu asli dan diminum.
9. Sukar bersalin
- Rebus beberapa biji buah kurma bersama daun zaitun sehingga mendidih. Kemudian, minum air rebusan tersebut.
10. Badan lemah atau lemah tenaga fizikal.
- Makan buah kurma dalam bilangan ganjil. Lakukan setiap hari.
"Kemudian Kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun tamar dan anggur melaluinya (air itu). Bagi kamu buah-buahan yang banyak di dalamnya dan daripada hasilnya kamu makan."
(Surah al-Mu'minun 23: 19)
Facebook : Hamzairi Mohamad
Twitter : @Official_Zek
Instagram : zekzairi
WeChat : zekzairi89
Whatsapp : +60145118423
No comments:
Post a Comment