Resepi

Wednesday, 22 July 2015

Resepi: Fish & Chips

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera semua. Hari ini Zek nak kongsikan 1 resepi masakan barat (Western food) yang mudah dan sedap. Kepada adik2, kakak2, abang2, ataupun makcik2 yang tiba-tiba nk tukar selera kan, jom cuba resepi ini. Anyway, Selamat Mencuba =)


Masa Penyediaan: 20 minit
Masa Memasak: 20 minit
Jumlah Hidangan: 6 orang

Bahan-bahan:

Ikan Rangup
500g Isi Ikan (dipotong jejari)
100g Tepung Gandum
2 biji Telur
100g Serbuk Roti
Garam dan Lada Putih secukup rasa
1 sudu besar Jus Limau Nipis
Minyak untuk menggoreng

Sos Koktel
1 ulas Bawang Putih (dicincang)
1 cawan Mayonis
1 cawan Sos Cili
1/3 cawan Sos Tomato
Garam dan Lada Putih secukup rasa

Coleslaw
2 cawan Kobis (dihiris halus)
1/2 cawan Lobak Merah (dihiri halus)
1/2 cawan Mayonis
1/2 labu Bawang Besar (dihiris)
1 sudu teh Jus Limau Nipis
Lada Hitam Kisar, Gula dan Garam secukup rasa

Cara-cara Memasak:
  1. Perap ikan dengan lada putih, garam dan jus limau.
  2. Sediakan tepung, telur dan serbuk roti dalam bekas berasingan.
  3. Mula-mula salutkan ikan dengan tepung, diikuti pula telur dan akhir sekali serbuk roti. Buat hingga habis semua ikan. Goreng ikan dalam minyak panas.
  4. Untuk sediakan sos koktel campur semua bahan, kacau sekali. Kemudian baru perisakan dengan garam dan lada putih.
  5. Untuk coleslaw, sediakan sos mayonis dahulu. Gaulkan mayonis bersama bawang besar, lada hitam, gula dan garam.
  6. Masukkan kobis dan lobak merah. Kacau sebati. Tuangkan jus limau dan kacau.
  7. Hidangkan ikan rangup bersama coleslaw, sos koktel dan kentang goreng.

Facebook : Hamzairi Mohamad
Twitter : @Official_Zek
Instagram : zekzairi
WeChat : zekzairi89
Whatsapp : +60145118423


Tuesday, 21 July 2015

Info Pemakanan: 10 Petua Amalan Kesihatan Buah Kurma

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera buat semua pembaca. Buah KURMA sememangnya sudah sinonim dan dikenali kebanyakan orang terutamanya umat Islam. Pernah tak fikir keistimewaan kurma? Ataupun cuba kaji tentang kebaikan kurma yang banyak kali disebut dalam Al-Quran dan hadis Nabi. Sebelum saya kongsikan petua Kurma dalam amalan perubatan tradisi dan perubatan Islam, apa kata saya ceritakan sedikit info tentang kurma.


Nama Tempatan (Malaysia): Kurma
Nama Arab: Tamr
Nama Inggeris: Date palm
Nama Sains: Phoenix dactylifera
Famili: Arecaceae

Kurma mengandungi gula, lemak dan protein serta pelbagai vitamin penting yang lain. Antara kandungan nutrien yang terdapat dalam kurma ialah; Sulfur, Ferum, Kalium, Fosforus, Magnesium, Kuprum, Mangan, Minyak dan Kalsium.



Antara jenis-jenis kurma komersial (bukan nama-nama kurma Yusuf Taiyub tau..hehe):

1.Deglet Nour
2.Bahri
3.Hadrawi
4.Amari
5.Medjool
6.Hayani
7.Zahidi

Ok, sekarang saya nak kongsikan petua ataupun amalan sihat yang boleh kita sama-sama amalkan bagi merawati penyakit tertentu. Disini saya nak kongsikan 10 petua.

1. Meningkatkan stamina

  • Rebuskan kurma dengan segelas air sehingga mendidih. Kemudian, tambah madu dan susu secukup rasa. Diminum setiap kali hendak tidur.

2. Sembelit

  • Rendam beberapa biji kurma semalaman dan minum air rendaman tersebut pada waktu pagi.

3. Insomnia

  • Buat jus kurma kemudian minum setiap kali sebelum tidur.
4. Bersin
  • Sapukan jus kurma pada hidung.
5. Lemah tenaga batin
  • Tiga biji kurma dimakan dengan madu dua jam sebelum tidur dan dilakukan selalu.
6. Denggi berdarah
  • Kisarkan 500g kurma bersama 5 gelas air sehingga hancur. Kemudian, minum segelas bagi setiap 1 jam selama sehari.
7. Panas badan
  • Buah kurma dan tembikai dimakan sebelum makan makanan berat. 
8. Badan penat atau letih
  • Masak buah kurma yang dicampur dengan susu kambing asli atau susu lembu asli dan diminum.
9. Sukar bersalin
  • Rebus beberapa biji buah kurma bersama daun zaitun sehingga mendidih. Kemudian, minum air rebusan tersebut.
10. Badan lemah atau lemah tenaga fizikal.
  • Makan buah kurma dalam bilangan ganjil. Lakukan setiap hari.

"Kemudian Kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun tamar dan anggur melaluinya (air itu). Bagi kamu buah-buahan yang banyak di dalamnya dan daripada hasilnya kamu makan."

(Surah al-Mu'minun 23: 19)


Facebook : Hamzairi Mohamad
Twitter : @Official_Zek
Instagram : zekzairi
WeChat : zekzairi89
Whatsapp : +60145118423





Monday, 20 July 2015

Pastry: Tart Nenas Gulung

Assalamualaikum WBT.

Simple, mudah dan sedap. Itu jer yang Zek dapat katakan untuk resepi ini. Selamat mencuba. =)



Bahan-bahan:

1. 500g Tepung Gandum
2. 300g Mentega
3. 2 biji Kuning Telur
4. 1/2 biji Putih Telur
5. 1/8 sudu teh Garam Halus
6. 10g Gula Ising
7. 1/2 sudu teh Esen Vanilla
8. Sedikit Pewarna Kuning
9. 500g Jem Nenas

Bahan Sapuan:

1. 1 biji Kuning Telur
2. Sedikit Pewarna Kuning
3. 1/2 sudu teh Air

Cara-cara:

1. Ayakkan tepung gandum ke dalam bekas yang sesuai. Kemudian masukkan mentega ke dalam bekas tersebut dan gaulkan tepung gandum dengan mentega sehingga sebati.

2. Campurkan kuning telur, putih telur, garam halus dan esen vanilla, kemudian kacau sehingga sebati.

3. Masukkan campuran tadi ke dalam bekas tepung dan mentega tadi dan gaulkan sehingga sebati.

4. Kemudian masukkan gula aising dan sedikit pewarna kuning supaya tart menjadi lebih kekuningan selepas bakar. Gaulkan sehingga sebati dan biarkan seketika.

5. Bulatkan jem nenas kecil-kecil mengikut saiz yang sesuai. Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam acuan dan paipkan di atas permukaan yang rata dan letakkan jem nenas yang telah dibulatkan kecil tadi dan gulung adunan yang dipaipkan tadi.

6. Sapukan campuran bahan sapuan ke atas tart yang telah digulung.

7. Tetapkan suhu oven kepada 180 darjah celcius dan bakar selama 15 hingga 20 minit.


Facebook : Hamzairi Mohamad
Twitter : @Official_Zek
Instagram : zekzairi
WeChat : zekzairi89
Whatsapp : 0145118423