Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bercakap tentang tempat makan yang menarik, Zek ada la nak 'share' sikit tentang 1 restoran nie. Nama restoran Mee Sotong Kepala Batas yang terletak betul-betul di hadapan pintu pagar utama UiTM Pulau Pinang cawangan Permatang Pauh. Lokasi restoran yang mudah dilihat dan berdekatan dengan kampus pelajar memberikan kelebihan kepada restoran ini untuk menarik lebih ramai pengunjung.
Cakap saja mee sotong pasti ada yang terliur kan. Mana tidaknya, mee sotong antara menu pilihan yang patut dirasa oleh siapa juga yang datang ke kawasan sekitar permatang pauh. Harganya pula sangat berpatutan dengan taraf ekonomi rakyat Malaysia amnya. Harga untuk sepinggan mee sotong hanya RM4.50 sahaja. Selain mee sotong yang digoreng, juga terdapat menu-menu lain seperti mee kuah, kuey toew sotong, dan macam-macam lagi.
Apa yang menarik? Bagi Zek sambal sotong dia yang menarik. Rasa yang tidak terlalu pedas dan tidak terlalu manis memberikan keenakan kepada kita untuk menikmatinya.
Jadi, Zek syorkan kepada penggemar sotong khasnya untuk mencubanya. Pasti takkan rugi dengan harga yang berpatutan. Selamat mencuba. =)
No comments:
Post a Comment