Resepi

Monday, 11 March 2013

Kari Daging Berkentang

Assalamualaikum wbt...

Harap semua sihat disamping keluarga dan rakan-rakan. =)

ok...hari ini Zek nak kongsi resepi yang biasa orang buat. Cuma sekadar perkongsian bersama. 

Bahan-bahan :
  1. Bawang merah 100gm
  2. Bawang putih 50gm
  3. Halia 30gm
  4. Cili hijau (3 biji)
  5. Cili merah (3 biji)
  6. Kentang (5 biji)
  7. Serbuk kari daging
  8. Daging 
  9. Bunga lawang (2)
  10. Bunga cengkih (3)
  11. Kulit kayu manis (1)
  12. Buah pala (2)
  13. Santan
  14. Asam jawa
  15. Garam
  16. Stok ayam
Mise-en-place :
  1. Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Belah cili hijau dan cili merah kepada dua bahagian.
  3. Buang kulit kentang dan belah kepada 4 bahagian.
  4. Potong daging kepada saiz yang lebih kecil dan sesuai. 
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dalam periuk.
  2. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk bersama 4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, buah pala, kulit kayu manis). Tumis sehingga kekuningan.
  3. Kemudian bancuh serbuk kari daging dengan air dan masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga rata.
  4. Bancuhkan sedikit asam jawa dengan air dan masukkan ke dalam periuk tanpa biji asam jawa. Hanya air yang dimasukkan.
  5. Kemudian, masukkan daging dan kentang ke dalam periuk.
  6. Kacaukan sehingga rata dan sebati.
  7. Jika terlalu kering masukkan sedikit air. Tunggu sehingga daging separuh masak.
  8. Kemudian, tambahkan santan pekat ke dalam periuk dan kacau sehingga sebati. Masukkan air secukupnya.
  9. Tunggu sehingga kari mendidih dan kentang menjadi empuk.
  10. Masukkan garam dan stok ayam secukup rasa. Kacau dan tunggu sehingga daging lembut dan kentang empuk. SIAP!!!

p/s: selamat mencuba. =)

kredit to : Chef Bobo Hotel UiTM Shah Alam